Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..
1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.
2. Tiada Pelan Pemasaran
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.
3. Tidak mengenali pelanggan anda
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.
4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.
5. Tidak peduli tentang kakitangan
Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!
6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.
7. Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.
8. Penyendiri
Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.
9. Tiada 'Mastermind'
Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.
10. Berputus Asa
Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.
sumber: http://www.punb.com.my/index.php?ch=bm_med&pg=bm_med_biztip&ac=46
100 usahawan sarang burung walet
Harian Metro 11 January,2008 (Jumaat)Oleh Mohd Husni Mohd Noor
GLOBAL Excellent Marketing (GEM), perunding dan pakar reka bentuk rumah burung layang-layang mahu melahirkan kira-kira 100 usahawan Bumiputera bagi memperluas industri ternakan itu.
Bagi mencapai sasaran itu, GEM akan bekerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk menganjurkan seminar dan kursus kepada sesiapa yang berminat.
Perunding Pemasaran GEM, Abdul Aziz Mohd Rejab, berkata pihaknya akan mengadakan pameran bergerak dan kursus sehari di seluruh negara mulai Februari depan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai terutama Bumiputera mengenai potensi industri ini.
Menurutnya, kursus dan pameran bergerak itu akan dikendalikan oleh cabang perniagaan GEM iaitu Global Entrepreneur Centre (GEC).“Kursus itu merangkumi aspek pengenalan dan latar belakang industri, potensi pelaburan, reka bentuk rumah burung walet, pengurusan projek dan teknologi yang digunakan, hasil dan keuntungan, risiko dan tip penting penentu kejayaaan dan kegagalan ternakan.“Setiap peserta kursus juga akan diberikan sijil oleh JPH bagi melayakkan mereka momohon untuk menjalankan industri ternakan itu pada masa depan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Batu Caves.
Katanya, pihaknya yakin dapat membangun dan membaik pulih sekurang-kurangnya 100 bangunan untuk dijadikan rumah burung layang-layang yang dijangka diperolehi hasil daripada sambutan orang ramai terhadap kursus dan pameran bergerak yang diadakan itu.
Selain itu, GEM turut membuka peluang kepada pelabur yang berminat untuk membina rumah ternakan itu di mana segala pembangunan dan reka bentuk akan diuruskan oleh GEM.“GEM pula akan mendapat hak perkongsian sebanyak 20 peratus daripada projek ternakan itu dan segala urusan kutipan hasil dan pengurusan bangunan itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh kami,” katanya.
Abdul Aziz berkata, usahawan Bumiputera perlu mengambil peluang ini memandangkan ia mampu memberi pulangan sehingga 90 peratus selain pasaran sarang burung walet itu sendiri yang boleh mencecah antara RM4,500 hingga RM5,000 sekilogram.
Buat masa ini, terdapat sekurang-kurangnya 10,000 hingga 12,000 buah rumah ternakan itu di seluruh negara yang kebanyakannya berada di Perak dan Kedah.“Bagaimapun, hampir 90 peratus daripadanya dimiliki oleh usahawan bukan Bumiputera,” katanya.
Bagi memenuhi keperluan kursus, GEM juga bercadang membangunkan makmal rumah burung layang-layang walet di Padang Serai, Kedah tahun ini dengan kos RM300,000.“Kami juga akan membangunkan 30 bangunan rumah burung berkonsepkan estet ternakan di kawasan seluas 3.2 hektar di Tanjung Agas, Port Dickson untuk tujuan jualan kepada pelabur yang berminat,” katanya.
Sumber: http://goldenswiftlet.blogspot.com/2008/05/keratan-harian-metro.html

Labels:
burung walet,
GEM,
golden swiflet,
sarang burung,
walet emas
Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM)
Pengenalan
Program Bimbingan Usahawan Muda(PBUM) adalah salah satu Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 2,000 seorang.
--------------------------------------------------------------------------------
Kelayakan dan Syarat-Syarat
i) Warganegara Malaysia.
ii) Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
iii) Menjadi ahli persatuan belia.
iv) Untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan secara sepenuh masa sahaja. Menjalankan perniagaan atau usaha tani secara sambilan tidak layak mendapat bantuan di bawah program ini.
v) Mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi.
--------------------------------------------------------------------------------
Proses Permohonan
i) Mengisi borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 1/2008
ii) PBSD membuat melawat/ulasan
iii) Borang yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri
iv) Pegawai ekonomi membuat ulasan
v) Mesyuarat Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda
vi) Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda adalah terdiri daripada :-
- Pengarah Negeri / wakil
- Pengarah (PE) / Wakil
- Penolong Pengarah Negeri Bahagian Belia
- Setiausaha (Pegawai Ekonomi Negeri)
- Ketua Kerani / Wakil
--------------------------------------------------------------------------------
Soalan-Soalan Lazim
i) Soalan 1
Apa itu Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM)
Jawapan 1
Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM) ialah satu skim bantuan modal kepada usahawan-usahawan muda yang telah dan ingin memajukan diri dalam perniagaan.
ii) Soalan 2
Siapa yang layak menerima bantuan di bawah skim ini?
Jawapan 2
Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. Telah dan akan memulakan perniagaan.
iii) Soalan 3
Berapa had bantuan?
Jawapan 3
Bantuan sebanyak RM2,000.00
iv) Soalan 4
Bentuk bantuan yang macam mana?
Jawapan 4
Dalam bentuk barangan keperluan berdasarkan permohonan yang dikemukakan melalui borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 1/2008 yang boleh dicetak melalui portal ini.
v) Soalan 5
Bagaimana nak dapatkan bantuan?
Jawapan 5
Isi borang permohonan dan kemukakan bersama sebutharga bagi pembelian barangan kepada Pejabat Belia dan Sukan daerah yang berhampiran dimana projek beroperasi.
vi) Soalan 6
Bentuk perniagaan yang bagaimana yang diberikan bantuan?
Jawapan 6
Semua jenis perniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan tidak menyalahi Syariat dan hukum Islam.
vii) Soalan 7
Skim ini untuk bumiputra sahajakah?
Jawapan 7
Tidak. Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.
Sumber: http://www.mpeb.gov.my/PortalTEB/peniaga.php
Download borang: http://www.mpeb.gov.my/PortalTEB/Dokumen/borang_pbum.pdf

Cacing beri rezeki lumayan
Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my
Harian Metro, 31 Mei 2008
SEBUT saja cacing tentu ramai yang geli, apatah lagi jika terpaksa membelanya dalam jumlah yang banyak.
Lain pula bagi seorang lelaki, Zakaria Adam, 48, apabila cacing kini menjadi sumber pendapatan baginya kerana tahi cacing peliharaannya kini mula memberikan keuntungan kerana amat baik untuk dijadikan baja komposit bagi tanaman sayuran, buah dan bunga.
Menurutnya, perusahaan ternakan cacing bagi menghasilkan baja komposit diketahui olehnya ketika berkunjung ke Filipina, India dan Australia apabila mendapati perusahaan ternakan cacing boleh mendatangkan sumber pendapatan walaupun masih baru di negara ini.
Katanya, hasil kajian serta keyakinannya terhadap perusahaan ternakan cacing itu membuatkan dia bertekad menubuhkan Agro BioTani Sdn Bhd bermodalkan kira-kira RM300,000 di Kampung Bukit Tuku, di sini.
Berbekalkan keyakinan saya membuka ladang ternakan cacing di satu kawasan seluas 1.2 hektar iaitu terbesar di negara ini dengan mengupah beberapa pekerja termasuk empat dari India khusus bagi menjaga cacing termasuk telurnya yang perlu dijaga dengan berhati-hati.
“Bagi permulaan, saya membeli 100 kilogram cacing tanah dikenali dengan nama `African Nightcrawler’ dari India yang boleh membesar sehingga 30 sentimeter setiap seekor,” katanya.
Zakaria berkata, sehingga kini ladang cacingnya mampu menghasilkan kira-kira 40 tan baja komposit sebulan dan boleh dijual dengan harga RM3 sekilogram.
Menurutnya, proses pemeliharaan cacing tidak rumit kerana makanannya begitu ringkas iaitu najis haiwan, jerami, sisa makanan dan sayur-sayuran yang sudah busuk.
“Perusahaannya ini masih tidak diketahui ramai orang, malah masyarakat sendiri tidak begitu yakin dengan pendapatan boleh dihasilkan melalui ternakan cacing.
“Namun, mungkin tidak lama lagi ramai yang akan menceburi bidang ini kerana kaedahnya agak mudah walaupun terpaksa mengeluarkan modal agak besar pada permulaan,” katanya.
Zakaria berkata, sesiapa yang berminat menceburi bidang ini tidak perlu gusar kerana syarikatnya ada membekalkan cacing dan mereka boleh mendapatkannya dengan harga berpatutan.
“Saya menyokong jika ada individu berhasrat menceburi bidang ini kerana permintaan terhadap baja komposit dan cacing untuk diternak semula amat tinggi dan saya seorang tidak mampu memenuhi permintaan pasaran.
“Setakat ini, cacing jenis ini boleh dijual dengan harga RM450 hingga RM500 bagi sekilogram. Bagaimanapun, harganya boleh meningkat sekiranya permintaan tinggi,” katanya.
Sejak diusahakan kira-kira dua tahun lalu, Zakaria berkata jumlah cacingnya kini sudah meningkat kepada 400 kilogram, malah tidak mempunyai masalah bagi memenuhi permintaan pelanggannya termasuk jabatan kerajaan, pertubuhan peladang serta syarikat agrikultur.
“Baja komposit keluaran syarikat saya dipek ke dalam plastik dengan berat 2kg, 5kg sehingga 50kg,” katanya yang turut mendapat tempahan dari negara luar termasuk ke Singapura dan Brunei.
sumber : http://petanionline.com/blog/cacing-beri-rezeki-lumayan/
Pakej Mini Fertigasi 10 DIY (Do It Yourself)
Pakej Mini 10 DIY ini boleh dihantar melalui pos. Pakej ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikan ruang di rumah anda dipenuhi tanaman sayur atau buah-buahan tanpa perlu mencangkul dan menyiram setiap masa kerana ianya dikawal automatik oleh penyukat masa digital. Ia juga sesuai bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan tanaman fertigasi sebelum menjadikannya sebagai tanaman komersil. Anda hanya perlu pastikan bekalan elektrik dan air baja yang mencukupi. Sangat sesuai bagi penduduk bandar yang mempunyai ruang yang kecil untuk bercucuk tanam. Antara tanaman yang sesuai adalah cili, tomato, bendi, timun, rockmelon dan tembikai.
Senarai peralatan adalah seperti berikut:
Set 10 pokok
1 unit pam
10 unit tiub kapilari
16mm polipaip
1 unit klip hujung 16mm
Alas Tanah / Silvershine
1 unit Penyukat masa digital
10 unit polibeg putih 16x16
Set Stok Baja A/B 10 liter
Peat Semaian
Benih Cili
Racun serangga
Kit Manual Mudah
Harga pakej RM160 termasuk penghantaran melalui pos (Semenanjung Malaysia)
Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh hubungi: Md Noor ~0132006840
.jpg)
"Tanam Ternak Guna Sendiri!
Jimat Cermat Bina Ekonomi!"

Perjumpaan Usahawan-usahawan Cacing N.Sembilan
Venue: Pusat Teknologi Pertanian Ulu Sepri, Rembau, N.S
Date: 10 Mei 2008
Ahli Panel; dari kiri ParkMan,Pengarah Jab. Pertanian N.S & Mejar (wakil AZR N.S)
Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi Pesatuan Usahawan-usahawan Cacing N.S
Ucapan Pengarah Pertanian N.S (En Zabidi) memberitahu halatuju penternakan cacing di N.S
Ucapan Exco Pertanian & Industri Asas Tani N.S memberi harapan kepada usahawan-usahawan cacing
Produk-produk yang dihasilkan daripada ekstrak cacing
Vermi Meal untuk makanan bagi haiwan ternakan & Vermi liquid untuk semburan tanaman dari ParkMan Agro
Vermi Meal (supplement untuk ternakan ikan)
Vermi Cast- baja untuk tanaman
Vermi Powder (tepung cacing) hasil ekstrak daripada cacing yang tidak boleh menghasilkan kokun lagi
Produk kesihatah hasil ekstrak daripada cacing (kaya dengan protein
Produk kosmetik dari cacing untuk lebih jelita dan awet muda :)
Bicara Tani anjuran MOA at Kuala Pilah
Ahli panel sesi pagi dari Jab Pertanian, Jab Perikanan, Jab Haiwan & Lembaga Perindustrian Nanas M'sia
Sesi penerangan tentang pembiayaan & bantuan oleh Agro Bank, MARDI, LPP & FAMA
File yg dibekalkan kepada peserta
Industi Ikan Hiasan
Produk yang dihasilkan oleh MARDI
Slaid Lembaga Perindustrian Nanas M'sia (LPNM)
Teknologi penghasilan buah-buahan dan sayur-sayuran oleh MARDI
Baka baru ternakan
Penternakan keli dalam kanvas (indoor)
Vermikompos by cacing
Subscribe to:
Posts (Atom)